Saturday, August 4, 2018

Punca Punca Hiburan Melampau dan Cara Mengatasinya


DUA6022 : Komunikasi Dan Penyiaran Islam

 Tajuk : Punca-punca hiburan melampau dan cara mengatasinya

Nama Pensyarah : Puan Noraini bt Nawawi

Sesi : Jun 2018





NAMA

NO PENDAFTARAN
Siti Nur Najiah bt Ismail

02DAT16F1121
Nor Shahira Aznie bt Mohd Hasmi

02DAT16F1141
Farra Natasha bt Kasmuri

02DAT16F1142
Noorshahira Aleesa bt Zahari

02DAT16F1157
Wan Nur Nadira bt Wan Suhaimi

02DAT16F1099






NO
ISI KANDUNGAN

1
Pengenalan

2


Huraian Isi
Faktor-faktor Hiburan Melampau
Cara-cara Mengatasinya

3
Kesimpulan

4
Rujukan

5
Huraian






1.0 PENGENALAN




Hiburan merupakan peristiwa, persembahan atau kegiatan yang direka bentuk untuk memberi nikmat kepada penonton. Sebagai contoh media massa, muzik dan dunia hiburan. Hiburan juga merupakan perbuatan, aktiviti atau sebagainya yang bertujuan untuk menghiburkan, menyenangkan dan mententeramkan hati dan diri. Secara amnya di negara Malaysia, hiburan telah berkembang luas dalam bidang sosial. Kita juga dapat melihat perkembangannya dalam media massa sepertia media cetak dan media elektronik.  Pada dasarnya, Islam mengharuskan hiburan kerana hiburan menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia. Namun begitu, perkara ini telah mendatangkan kebimbangan dalam kalangan umat Islam di Malaysia pada masa kini. 

Kebelakangan ini, terlalu banyak isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja. Setiap remaja merasakan bahawa mereka sudah cukup dewasa untuk bersosial. Mereka merasakan diri mereka seperti kurang bermakna jika tiada keseronokan dalam hidup. Oleh itu, mereka telah memilih hiburang yang melampau untuk memenuhi keseronokan dalam hidup mereka sendiri. Biasanya, golongan remaja adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur belasan tahun. Secara amnya, golongan remaja ini ialah mereka yang berumur 11 tahun hingga 19 tahun. Jika kita perasan, dalam lingkungan umur inilah ramai remaja menghadapi masalah sosial. Namun begitu, bagi golongan remaja itu sendiri, meraka mempunyai pelbagai bentuk keseronokkan sebagai hiburan.

Golongan yang mementingkan keseronokkan dikenali sebagai hedonisme. Hedonisme juga adalah pandangan hidup yang menganggap bahawa orang akan menjadi bahagia dengan mencari kebahagiaan sebanyak mungkin bagi menghindari diri daripada perasaan-perasaan yang menyakitkan. Sedar atau pun tidak, secara sengaja atau pun kebetulan, budaya hedonisme ini telah mula menular masuk sekian lama dalam kehidupan masyarakat Islam di Malaysia terutamanya dikalangan muda mudi. Golongan hedonisme mengambil kira bagaimana tindakannya boleh memberi kesan terhadap keseronokkan dan kegembiraan dalam kehidupan sama ada pada masa kini atau akan datang. Oleh itu, tugas mereka yang utama adalah meningkatkan kadar pengalaman yang menyeronokkan dan mengurangkan kadar ketidakselesaan seperti kesakitan, kesedihan dan kekecewaan.

"Sesungguhnya Abu Bakar masuk kepadaku, sedang disampingku ada dua gadis hamba daripada orang Ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang Ansar pada hari peperangan Bu'ath. Aku berkata, kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu Bakar berkata, adakah di rumah nabi ini terdapat serunai syaitan? Sedangkan pada hari ini adalah hari raya idul fitri. Rasulullah bersabda, wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya dan ini adalah hari raya kita." (Riwayat Ibnu Majah)

Berdasarkan ayat di atas ditegaskan hiburan yang menghiburkan jiwa serta menenangkan hati diharuskan oleh Islam. Hal ini dinyatakan oleh al-Syeikh Yusuf al-Qardhawi bahawa antara hiburan yang dapat menghiburkan jiwa, menenangkan hati serta menyedapkan telinga adalah nyanyian. Hiburan nyanyian ini diharuskan oleh Islam dengan syarat ia tidak dicampuri dengan kata-kata kotor, keji atau yang boleh memberangsangkan kepada perbuatan dosa. (al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, hal. 273)

Justeru kita lihat, keruntuhan akhlak dikalangan remaja pada masa kini sangat teruk. Gejala sosial semakin berleluasa, keselamatan benda awam terjejas, kesejahteraan umat juga tidak terkawal. Secara terperincinya, pelbagai faktor yang menyebabkan kurangya moral dan keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Salah satunya adalah disebabkan hiburan yang melampau. Hal ini boleh digambarkan dengan pelbagai adegan yang berlaku pada masyarakat kita hari ini.






2.0 HURAIAN ISI

2.10 FAKTOR-FAKTOR HIBURAN MELAMPAU



Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya hiburan melampau. Antaranya ialah berpunca daripada diri remaja itu sendiri. Kebanyakan remaja yang terlibat dengan gejala hiburan melampau ini tidak mempunyai didikan agama dan moral yang mendalam dan secukupnya. Mereka tidak didedahkan dengan didikan agama sejak daripada kecil. Hal ini menyebabkan, mereka tidak dapat membezakan antara kebaikan dan keburukan tentang sesuatu perkara itu. Mereka tidak takut pada dosa dan pembalasan daripada Allah di atas perbuatan mereka.

Selain itu, keruntuhan institusi kekeluargaan juga merupakan salah satu faktor berlakunya hiburan yang melampau dalam kalangan remaja. Keluarga merupakan satu komponen penting dalam pembentukan sesebuah masyarakat dan seterusnya membentuk sesebuah negara. Tanpa institusi kekeluargaan, pembentukan sesebuah negara tidak akan sempurna. Dalam agama Islam, tanggungjawab  sebagai ketua keluarga pada asasnya terletak di bahu kaum lelaki bagi memastikan kejayaan dan kelancaran sesebuah institusi kekeluargaan tersebut. Jika sejak kecil lagi remaja itu dibesarkan dengan kekurangan kasih sayang dan perhatian daripada ibubapa akibat daripada penceraian ibubapa mereka sendiri, mereka akan merasakan dirinya terabai dan mereka juga akan merasa lebih selesa untuk membuat hal sendiri. Oleh itu, mereka akan mencari rakan-rakan untuk meluahkan atau mencari hiburan bagi melepaskan tekanan yang diterima daripada pihak keluarga.

Bentuk-bentuk hiburan yang menjadi kegemaran para ramaja pada zaman kini adalah bermain permainan video, melayari internet, bersosial seperti melepak, merempit dan lain-lain lagi. Yang paling ketara kita dapat lihat ialah remaja pada zaman kini tidak boleh berenggang dengan telefon bimbit mereka. Bagi golongan remaja tersebut, telefon bimbit di ibaratkan sebagai nyawa mereka sendiri. Yang amat merisaukan tentang penggunaan telefon bimbit tersebut adalah cara penggunaan gadjet tersebut. Dengan penggunaan telefon bimbit dan internet yang berterusan tanpa kawalan, mereka akan terdedah dengan perkongsian video lucah dan perkara-perkara negatif yang lain. Terdapat banyak aplikasi pada masa kini yang memberi pautan dan laman web yang tidak elok. Akibat daripada penyalahgunaan gadjet ini, remaja akan terangsang dengan fikiran yang tidak senonoh dan perangai yang tidakmenghormati orang lain tertutamanya wanita. Fikiran yang negatif boleh membawa mereka kepada hubungan kaum sejenis, rogol dan liwat.

Bukan itu sahaja, pengaruh rakan sebaya juga merupakan antara penyumbang kepada berlakunya hiburan yang melampau. Rakan sebaya dapat diertikan sebagai sekumpulan orang yang berada dalam lingkungan umur yang sama atau hampir sebaya antara satu sama lain. Menurut Klausmerier, dalam soal seperti tanggungjawab moral, keberanian, kejujuran dan kemesraan, remaja mudah dipengaruhi oleh pendapat rakan sebaya yang memperlihatkan pengaruh yang lebih tinggi berbanding dengan ibubapa atau keluarga. Daripada pengertian ini, dapatlah disimpulkan bahawa pengaruh rakan sebaya terlalu dominan dalam pembentukan sahsiah dan keperibadian remaja pada hari ini sehingga boleh mengatasi keupayaan ibubapa untuk membina identiti dan akhlak anak mereka. Senario ini sudah pasti menimbulkan konflik yang memungkinkan isu ini seolah-olah tiada kesudahan dan titik noktahnya. Pengaruh daripada rakan sebaya telah menyebabkan remaja beralih arah daripada menjadikan ibubapa sebagai suri teladan kepada rakan mereka yang dijadikan sandaran atau petunjuk ke arah tingkah laku atau perbuatan yang dilakukan. Remaja didapati lebih berkecenderungan untuk menjadikan rakan sebaya sebgai rujukan atau model untuk membina keperibadian mereka. Sekiranya mereka bergaul dengan kumpulan rakan yang positif  dalam semua aspek kehidupan, maka tidak mustahil bahawa mereka akan memiliki mentaliti dan tingkah laku yang positif juga kerana pengaruh daripada rakan yang baik itu telah meresap ke dalam jiwa mereka. Namun demikian, yang amat membimbangkan pada hari ini ialah pengaruh negatif yang lebih mendominasi persekitaran dan seluruh kehidupan remaja yang menyebabkan timbulnya masalah gejala sosial yang menjadi duri dalam daging kepada masyarakat dan negara dalam usaha kita untuk mewariskan kepimpinan nusa bangsa yang berkualiti dan dinamik kepada remaja pada masa yang akan datang.

Seterusnya, faktor-faktor lain yang menyebabkan berlakunya hiburan melampau ialah berpunca daripada pengaruh sosial dan hiburan. Generasi muda yang diharapkan menjadi barisan pelapis untuk menerajui dan mencorakkan pembangunan ummah dan negara, telah disibukkan dengan hiburan yang melampau. Mereka lebih bersemangat untuk berbicara tentang gosip sensai para artis, filem-filem terbaru di pawagam, lagu-lagu yang sedang popular dimainkan dan pelbagai lagi topik lain yang berkaitan dengan hiburan. Masalah ini bukan sahaja menimpa para golongan muda-mudi yang kurang berpendidikan, malah yang amat mendukacitakan sekali ialah apabila ianya turut berjangkit kepada golongan mahasiswa dan mahasiswi di institusi pengajian tinggi. Fenomena ini dapat dibuktikan melaui pengaruh penampilan fizikal, tutur kata, tindakan dan amalan majoriti para remaja pada zaman kini. Oleh itu, gangsterisme juga menularkan kelakuan yang bermaksud perlakuan ganas memusnahkan secara berkumpulan.

Akhir sekali, remaja pada zaman kini turut kelihatan obses dan taksub dengan kebendaan dan duniawi. Obses bermaksud seseorang itu terlalu meminati sesuatu sehinggakan sanggup melakukan apa sahaja demi kebendaan dan duniawi. Obses ini sama seperti menghambakan diri pada sesuatu perkara yang melibatkan hati, pemikiran, fizikal dan kehendak. Ia seolah-olah salah satu virus yang tidak dapat mengawal mentaliti dan kewarasan seseorang individu yang boleh menyebabkan mereka melakukan sesuatu perkara yang memudaratkan diri sendiri mahupun orang sekeliling. Bukan itu sahaja, sikap boros dan suka bermewah seolah-olah menjadi amalam dalam kehidupan harian. Jika tidak hidup dalam kemewahan, seseorang itu akan dipandang rendah oleh masyarakat sekeliling lebih lebih lagi dalam suasana masyarakat pada zaman sekarang yang lebih suka bersifat kebendaan. Kemewahan meyebabkan kita menjadi makhluk yang terlalu mengikut hawa nafsu sehinggakan sanggup mengambil skim cepat kaya danpinjaman mudah (Ah Long) yang boleh memudaratkan diri sendiri kerana telah dibebani oleh hutang yang tidak tertanggung.





3.0 CARA-CARA MENGATASI HIBURAN MELAMPAU



Antara cara-cara mengatasi hiburan melampau ialah peranan diri sendiri merupakan peranan utama bagi mengatasi masalah hiburan melampau ini. Hal ini demikian kerana apa-apa yang dilakukan adalah berdasarkan kehendak dan kemahuan diri sendiri. Sekiranya diri sendiri tidak mahu melakukan itu, maka kita tidak akan melakukannya. Sudah terang lagi bersuluh, sesetengah kajian menyatakan apa-apa yang  berlaku atas kemahuan diri sendiri. Oleh itu, kita perlulah muhasabah diri sebelum menunding jari kepada sesiapa. Dengan ini, kebejatan moral dalam kalangan remaja boleh dikurangkan seterusnya dapat membuka jendela kepada kemajuan dan pembangunan negara. Bukan itu sahaja, penanaman dan pengukuhan nilai-nilai Islam di dalam jati diri anak-anak remaja juga perlu diterapkan. Hal ini amat penting kerana di dalam masyarakat Islam pada masa kini, penanaman dan pengukuhan nilai-nilai Islam amat kurang diterapakan dalam kalangan diri remaja. Jati diri dan pegangan umat Islam terhadap syariat Islam perlulah dilaksanakan tatkala anak-anak masih kecil. Hal ini disebabkan mereka ialah pewaris agama yang suci dan mereka perlu memahami dan mencintai Islam semenjak masih kecil lagi. Gerakan dakwah juga perlulah dipertingkatkan lagi bagi menarik minat belia muslim pada masa kini. Para pendakwah perlulah meluaskan skop dakwah mereka supaya lebih ramai pihak dan para remaja menerima dakwah yang ingin disampaikan. Mereka juga perlu mengubah cara penyampain dakwah tersebut bagi menarik perhatian umat Islam.

Selain itu, sebagai ibu bapa yang berwibawa jangan sesekali mebiasakan anak-anak hidup dalam kemewahan. Untuk membiasakn hidup dalam keadaan bersederhana juga bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Oleh itu, ibubapa perlulah memberikan latihan sejak anak-anak kecil lagi agar mereka sudah terbiasa dengan kehidupan yang sederhana. Golongan ibu bapa juga wajarlah mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak mereka dan mengasuh anak-anak bagai menatang minyak yang penuh. Ibu bapa perlu menganggap anak-anak sebagai kurniaan Tuhan yang tidak ternilai dan mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. Sikap sesetengah ibu bapa yang hanya sibuk mengejar harta kekayaan perlulah dikikis sama sekali. Mereka tidak sedar bahawa nilai kebendaan dan materialistik yang ada pada diri mereka akan menyebabkan mereka terlalu sibuk dengan kerja mereka sehingga mengabaikan anak-anak mereka. Contohnya, pada hujung minggu, ibu bapa perlulah meluangkan masa mereka untuk melakukan aktiviti-aktiviti riadah bersama-sama anak-anak mereka. Ibu bapa bolehlah membawa remaja makan angin di destinasi-destinasi yang menarik di negara kita. Hadis ada menyatakan bahawa anak-anak diibaratkan seperti kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Sememangnya, ibu bapa perlu mampu mengimbangi kepentingan keluarga dan kerjaya mereka kerana anak-anak mereka amat memerlukan kasih sayang seorang ayah dan ibu.


Selain itu, tindakan disiplin dan bimbingan oleh pihak sekolah amatlah diperlukan. Oleh sebab ibu bapa yang bekerja menyerahkan tanggungjawab mendidik anak-anak mereka kepada pihak sekolah maka pihak sekolah perlulah mengambil berat terhadap hal-hal yang berlaku disekeliling pelajar. Usaha menyediakan khidmat nasihat oleh unit kaunseling amatlah diperlukan agar pelajar tidak terjebak ke dalam kancah maksiat. Seterusnya, pihak berkuasa perlu tegas dalam menangani genjala sosial. Pihak berkuasa perlu menegakkan undang-undang tanpa bersifat berat sebelah dan mengenakan hukuman yang berat terhadap persalah dengan cara kerap menjalankan operasi di kawasan yang menjadi sarang kegiatan tidak bermoral ini. Di samping itu, masyarakat setempat perlu prihatin dan bertindak sebagai pemerhati di tempat tinggal masing-masing. Sebagai masyarakat yang prihatin kita hendaklah melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat perlakuan oleh pihak tertentu. Jika kita tinggal di kawasan perumahan kita hendaklah menubuhkan keselamatan rukun tertangga di setiap taman perumahan tersebut.


Seterusnya, tidak dapat disangkal lagi bahawa media massa juga menyemai benih-benih salah laku dalam kalangan remaja. Saluran media massa seperti televisyen, filem dan majalah perlulah mendidik remaja agar tidak terlibat dengan kemelut kebejatan moral. Sebagai contoh, siaran yang memaparkan remaja yang berjaya mesti sering ditonjolkan di media massa sebagi motivasi untuk diteladani. Hal-hal mengenai kreativiti remaja juga sering diperbanyakkan berbanding liputan mengenai aksi dan perangai negatif mereka. Sebaliknya sedarsawarsa ini, remaja mudah terikut-ikut dengan watak pelakon yang membawa aksi negatif, malah mereka juga berasa bangga melakukan hal tersebut. Hal ini amatlah tidak wajar. Sebaliknya, aksi yang baik  perlulah dipamerkan di media massa untuk dijadikan teladan oleh mereka. Tuntasnya, media massa perlulah memainkan perana penting untuk mengurangkan masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja hingga ke peringkat akar umbinya.

Akhir sekali, selain peranan ibu bapa dan media massa, masyarakat sekitar juga tidak boleh lepas tangan bagi menyelesaikan masalah keruntuhan moral dalam kalangan remaja ini. Janganlah mengambil jalan mudah dengan bersikap menutup sebelah mata apabila terserempak dengan remaja yang terlibat dengan kemelut kebejatan moral. Sebaliknya, masyarakat seharusnya menegur tindakan golongan remaja ini. Jika teguran ini tidak dapat diterima, laporkan sahaja kepada pihak berkuasa untuk tindakan yang selanjutnya. 






4.0 KESIMPULAN



Remaja generasi kini tidak lagi mementingkan perihal tentang halal dan haram. Contohnya meminum arak, bergaul melampaui batas (bukan muhrim) dan tidak menghormati ibu bapa,guru dan golongan yang lebih tua daripada mereka dan ada juga yang tidak mengambil peduli tentang pelajaran, pekerjaan, agama dan lain lain. Mereka hanya mementingkan keseronokan dan kebebasan yang tiada batasan dan mereka merasakan diri mereka tidak bermakna jika tiada keseronokan dalam diri. Kebiasaanya, remaja yang berada dalam lingkungan 11-19 tahun inilah remaja yang paling banyak menghadapi pelbagai masalah sosial, hal ini terjadi kerana, mungkin mereka merasakan diri mereka masih muda dan perlu mencari keseronokan di usia ini. Remaja kini perlu dipantau oleh ibu bapa seperti menatang minyak yang penuh kerana jika mereka kurang perhatian daripada ibu bapa mereka akan cuba mencari keseronokan di luar. Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak anak mereka supaya menjadi generasi yang berguna pada suatu hari nanti. Didikan agama perlu dititikberatkan agar dapat dijadikan panduan dan tidak mudah terjebak dalam aktiviti yang yang tidak berfaedah. Maka setiap orang dan pihak perlu melakukan tanggungjawabnya dalam pembinaan akhlak remaja. Oleh itu,keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja haruslah ditangani dengan baik dan bijak. Semua pihak seperti ibu bapa dan penjaga, guru, jiran dan semua masyarakat haruslah berganding bahu,tolong menolong dalam mengatasi masalah yang sedang berleluasa di negara kita pada hari ini dan menjadikan anak remaja kini menjadi generasi berguna pada masa hadapan kerana sesungguhnya remaja pada masa kini merupakan pemimpin nusa bangsa pada masa depan.


Kesimpulannya, Islam itu tidak melarang umatnya berhibur. Jika kita lihat pada hari ini, ramai dikalangan kita yang melampaui konsep hiburan yang hanya sekadar untuk memenuhi fitrah manusia. Sambutan dan perayaan seolah-olah tidak lengkap tanpa acara hiburan yang melampau. Hiburan menjadi satu cara hidup masyarakat apabila penganjur panganjur mendapatkan kebebasan dalam menganjurkan pesta, festival, konsert dan program-program hiburan yang lain. Rancangan, program dan majalah berbentuk hiburan meningkat dari masa ke semasa kerana mendapat sambutan daripada orang rami berbanding dengan rancangan dan program yang bercorakkan ilmiah keagamaan dan maklumat semasa. Selain itu, semua pihak perlu memainkan peranan yang penting dalam mengurangkan masalah hiburan melampau dari terus berleluasa. Ibu bapa juga perlu memberikan penekanan dalam aspek keagamaan untuk mendidik anak-anak supaya tidak terus terjerumus dalam hiburan melampau. Ibu bapa juga harus memberikan kasih sayang yang secukupnya agar anak-anak tidak terasa disisihkan dan tidak mementingkan sahaja dari segi kerja sahaja.





5.0 RUJUKAN



  • Keratan akhbar Utusan Sarawak (Jumaat 15 May 2009)
  • Keratan  akhbar Utusan September 2006





6.0 LAMPIRAN





















No comments:

Post a Comment

Punca Punca Hiburan Melampau dan Cara Mengatasinya

DUA6022 : Komunikasi Dan Penyiaran Islam  Tajuk : Punca-punca hiburan melampau dan cara mengatasinya Nama Pensyarah : Puan Norai...